BannerFans.com

Thursday 17 November 2011

RPH MAKRO PENGAJARAN MATEMATIK TAHUN 1


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 1

Matapelajaran : Matematik

Kelas : 1 Pintar

Tarikh : 6 April 2011

Masa : 9.00 – 9.30 pagi ( 30 minit )

Bilangan murid : 32 orang

Bidang pelajaran : Nombor  1 hingga 10

Objektif Pembelajaran : Menyatakan kuantiti secara intuitif

Hasil Pembelajaran : Di akhir sessi pembelajaran ini, murid dapat :
A.    Menguasai isi kandungan
-          Menyatakan kuantiti melalui perbandingan banyak atau sedikit , sama banyak atau tidak sama banyak dan lebih atau kurang secara;
a)      Kumpulan yang mempunyai banyak dan sedikit objek

B.     Membina kemahiran saintifik , berfikir dan strategi berfikir
-          Membanding nombor banyak dan sedikit

C.     Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
-          Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran
-          Kerjasama dalam kumpulan
Konsep : Jumlah banyak dan jumlah sedikit
Bahan , peralatan dan bahan sumber :
·         buah oren ( kumpulan banyak dan kumpulan sedikit )
·         kad kecil ( berwarna merah  dan berwarna kuning )
·         murid
·         Kad gambar
·         lembaran kerja
Pengetahuan sedia ada murid :  Murid telah dapat mengetahui maksud banyak dan sedikit.

                                                        Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Fasa
Isi kandungan

Aktviti guru
Aktiviti murid
Nota
Permulaan/
Mencungkil idea
( 5 minit)

Nombor 1 hingga 10
Perbandingan kumpulan banyak dan sedikit

a)Lihat kumpulan ini, buah oren mana yang lebih banyak?

b)Tunjukkan kumpulan
buah oren yang lebih sedikit?

a)Guru menunjukkan dua kumpulan buah oren.


b)Guru meminta murid membuat perbandingan jumlah buah oren.

Murid memberi respon .

Strategi/Teknik:
Penyoalan seluruh kelas menggunakan buah oren yang sebenar.

Menstruktur/
Menstruktur semula
(10 minit)

Nombor 1 hingga 10.
Perbandingan kumpulan banyak dan sedikit.

a)Kumpulan mana yang
banyak ?

b)Mengapa ?

c)Kumpulan mana yang
   sedikit?

d)Mengapa ?

a)Guru mengukuhkan kemahiran murid.

a)Murid diminta duduk dalam kumpulan 4 orang satu kumpulan.

b)Murid diminta membuat aktiviti dengan membuat pemerhatian  terhadap sejumlah  kad kecil berwarna merah dan berwarna  kuning

c)Guru bersoal jawab dengan murid

a) Murid membuat aktiviti dalam kumpulan.

b)Murid membuat pemerhatian , mengasingkan kad kecil berwarna merah dan berwarna kuning, serta menjawab soalan guru


Strategi /Teknik:
Pemerhatian , soaljawab, demonstrasi oleh murid.

Kaedah : kumpulan

Sumber pengajaran :
Kad-kad  kecil  berwarna merah dan bewarna kuning.

Aplikasi
Idea
( 10 minit)

Perbandingan jumlah banyak dan sedikit antara murid lelaki  dan perempuan dalam satu barisan.

a)Barisan mana yang mempunyai bilangan murid yang ramai ?

b)Mengapa ?

a)Murid dikehendaki  membuat  2 barisan.
1 barisan murid lelaki
1 barisan murid perempuan.

b)Guru bersoal jawab dengan murid.

Murid menyelesaikan masalah secara
individu dan
kumpulan

Strategi / Teknik:
Inkuiri penemuan, penyoalan

Kaedah : Kumpulan

Sumber pengajaran :
Murid.


                                                Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran


Fasa

Isi kandungan




Aktiviti guru

Aktiviti murid

Nota

Refleksi
Penutup
( 5 minit)

Perbandingan banyak dan sedikit melalui gambarajah dan lembaran
kerja.

a)Antara bentuk -bentuk yang dilihat yang manakah banyak? dan manakah lebih sedikit ?

b)Bandingkan bentuk –bentuk  itu dengan mewarnakan bentuk yang paling banyak dengan bewarna merah dan bentuk yang paling sedikit
bewarna biru.



a)Taksir kefahaman murid dengan meminta murid membanding banyak dan sedikit melalui kad gambar.


b)Aktiviti dilakukan dalam   kumpulan dan berkonsepkan kuiz.

c)Guru membuat kesimpulan dan  mengedarkan lembaran
kerja kepada murid.

Murid menjawab
Soalan guru secara rawak.

Penyoalan  seluruh kelas dan penerangan;

Sumber pengajaran :
Kad gambar,
Lembaran kerja






Tuesday 15 November 2011

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah singkatan KSSR yang telah mula dilaksanakan di sekolah pada tahun 2011 menggantikan KBSR. Dasarnya ialah untuk membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni. Matlamat dasar ini untuk memastikan anak-anak Malaysia dipupuk dengan semangat cintakan negara, menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetesi serta dapat melahirkan modal insan seimbang yang boleh menangani cabaran pada masa akan datang.

Bermula tahun 2011, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan dan mengisi proses transformasi pendidikan oleh KPM bagi memastikan sistem pendidikan Malaysia setanding dengan piawaian antarabangsa. Kurikulum baru ini diharap berupaya mencorak dan membentuk generasi yang memenuhi tuntutan FPK bagi menjamin kejayaan negara menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri pada tahun 2020. Pentaksiran baru ini tidak lagi bergantung kepada peperiksaan semata-mata tetapi merangkumi pencapaian murid-murid secara total dan holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.

Kurikulum standard ini digubal berasaskan dua standard iaitu pertama : Standard Kandungan yang merujuk kepada pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Kedua : Standard Pembelajaran yang merupakan satu penerapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Adalah diharapkan perlaksanaan KSSR ini dapat membaharui Kurikulum sedia ada bagi memastikan ianya seiring dengan keperluan pendidikan semasa bagi membangunkan modal insan bertaraf dunia.

Perlaksanaan KSSR dapat meningkatkan kualiti pendidikan agar lebih relevan dengan cabaran masa kini dan abad ke 21. Guru memainkan peranan yang penting bagi mengupayakan p&p yang berkesan dan kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh dari semua pihak.

Melalui KSSR, semua murid akan dapat dipastikan melepasi standard yang ditetapkan iaitu :
            
     1. Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas.
     2. Mengenalpasti strategi penambahbaikan.
     3. Mengatasi masalah murid tercicir dalam pembelajaran.
     4. Perlaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah.

Dengan melaksanakan dasar ini, sudah tentu akan melonjakkan modal insan bertaraf dunia.

ANIMASI 10 ORANG BUDAK HITAM

LAGU KSSR TAHUN 1 ''MARI MENGIRA"

MARI MENGIRA..